akikah anak perempuan

Apakah Perbezaan Akikah Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Ada perbezaankah antara akikah anak perempuan dan akikah anak lelaki?

Islam merupakan agama yang mudah untuk diikuti. Sudah pastinya ada tatacara yang lengkap untuk melaksanakan ibadah akikah dengan sempurna.

Ikuti artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Pengertian Akikah

Pengertian akikah dapat dihuraikan kepada dua maksud dari segi bahasa dan juga istilah.

Menurut beberapa pendapat alim ulama, dari segi bahasa, akikah merujuk kepada rambut bayi yang tumbuh sewaktu kelahirannya dan harus dicukur.

Perkataan akikah itu merujuk kepada “memotong”.

Manakala dari segi istilah, akikah bermaksud haiwan ternakan yang disembelih untuk bayi selain daripada rambutnya dicukur serta diberikan nama yang baik.

Menurut riwayat Tirmidzi dan Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: 

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. 

Malah, Imam Syafi’e mendokong hadis baginda bahawa hukum pelaksanaan akikah adalah sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan).

Ibadah akikah juga dapat memelihara bayi daripada gangguan syaitan, menurut pandangan Ibn Qayyim.

Maka tidak hairanlah ramai umat Rasulullah SAW yang ingin mengambil peluang merebut pahala.

Perbandingan Akikah Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Mari kita lihat perbezaan antara akikah anak lelaki dan juga anak perempuan yang perlu ibu bapa ambil tahu. 

Akikah kedua-dua jantina ini dibezakan melalui kadar akikahnya. 

Kebiasaannya, penyembelihan seekor kambing akikah untuk seorang anak perempuan manakala dua ekor kambing akikah untuk anak lelaki.

Untuk contoh diatas, kami telah mengemukakan haiwan ternakan kambing, namun tiada masalah untuk anda menyembelih haiwan ternakan lain untuk akikah.

Rasulullah SAW sendiri telah melaksanakan akikah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA dengan menyembelih seekor kibas untuk setiap daripadanya.

5 Hikmah Melaksanakan Akikah

akikah anak perempuan

Segala amalan yang umat Islam laksanakan menurut syarak pasti akan mendapat keberkatan dan hikmah yang berkekalan.

Pastinya ibadah akikah ini tidak terlepas daripada anda untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT, antaranya adalah:

  1. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW

Seperti yang kita ketahui, pelaksanaan akikah hukumnya adalah sunat muakkad. 

Alangkah seronok kita sebagai umat nabi pada akhir zaman ini dapat melaksanakan sekurang-kurangnya satu daripada sunnahnya?

Rasulullah SAW bersabda (dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani RA): 

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun”

  1. Menzahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT

Pelaksanaan akikah untuk bayi anda dapat menghadirkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan anda cahaya mata.

Kesyukuran seorang hamba terhadap Allah dapat menjadikan kita hambaNya yang lebih ikhlas. 

Malah, nikmat daripadaNya akan sentiasa melimpah ruah dari segala segi, in shaa Allah. 

  1. Mengeratkan silaturahim

Dengan melaksanakan akikah, hubungan antara jiran tetangga dan keluarga dapat menjadi semakin rapat. 

Hal ini terhasil daripada pengagihan dan jamuan makanan berunsurkan daging akikah sewaktu kenduri kesyukuran.

Selain itu, keeratan silaturahim dapat menjemput kebaikan dalam pelbagai bentuk khususnya dari segi keberkatan hidup dan kelapangan rezeki.

  1. Menimbulkan kegembiraan

Pasangan yang menyambut kelahiran bayi tentu berasa suatu kegembiraan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.  

Nikmat yang Allah berikan dalam bentuk kemudahan sepanjang proses bersalin hinggalah bayi lahir.

Malah, keselamatan ibu yang melahirkan bayi juga merupakan bukti kasih sayang Allah terhadap manusia. 

  1. Doa untuk bayi

Hadirin yang dimaklumkan mengenai akikah si bayi akan mendoakannya agar ia membesar menjadi manusia yang berguna untuk dunia dan akhiratnya.

Doa yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْل

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Dengan mengadakan majlis akikah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.

Moga artikel ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang akikah anak. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah akikah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

akikah anak perempuan
  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah akikah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta akikah akan mendapat sijil ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan akikah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

akikah anak perempuan

Salah satunya ialah pakej Mekah akikah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Buat Tempahan Sekarang!

Perlukan Bantuan?