kambing aqiqah

6 Tips Memilih Kambing Aqiqah Yang Terbaik Untuk Anda

Pemilihan kambing aqiqah adalah urusan yang amat penting sekali dalam menentukan sama ada ibadah aqiqah anda adalah sah ataupun tidak!

Bagaimanakah caranya untuk saya tahu kambing yang saya pilih ini adalah patuh syariat?

Ada syarat-syarat tertentu yang perlu saya ikutikah?

Jom baca artikel ini agar persoalan anda tentang syarat-syarat berikut terjawab. Anda juga dapat ketahui dengan lebih lanjut tentang tips-tips memilih kambing yang terbaik!

Syarat-syarat Kambing Untuk Aqiqah Yang Anda Perlu Tahu

kambing aqiqah

Secara amnya, haiwan yang dipilih mestilah tidak bunting, tidak buta, tidak terlalu kurus dan cacat.

Haiwan-haiwan ternakan yang hendak disembelih mestilah gemuk dan sihat.

Walaupun sah, kambing yang tampak jelas kerosakan pada kualiti dagingnya juga dapat menjejaskan ibadah aqiqah.

Makruh hukumnya apabila gigi haiwan itu lompong atau jika sebahagian telinga atau ekornya terpotong atau terputus.

Umur biri-biri sepatutnya melebihi setahun serta hendak masuk ke 2 tahun.

Manakala umur kambing perlulah hendak masuk ketahun yang ketiga.

6 Tips Memilih Kambing Aqiqah

Kami kongsikan bersama anda 6 tips untuk memilih kambing yang terbaik untuk tujuan aqiqah:

  • Beli yang hidup

Hal ini adalah untuk memastikan bahawa kambing pilihan anda itu adalah sihat dan mematuhi semua syarat-syarat agar sah ibadah aqiqah.

Anda juga dapat memastikan kualiti daging adalah segar serta dapat menjadi saksi kambing itu disembelih mengikut syariat demi memastikan ia halal.

Namun, jika anda tidak dapat menyaksikannya sendiri, terdapat beberapa syarikat aqiqah yang menawarkan perkhidmatan ini secara online.

Anda juga boleh meminta foto atau video dokumentasi sebagai bukti penyembelihan haiwan aqiqah. 

  • Jangan beli yang dah disembelih

Seperti yang telah kami huraikan pada poin sebelum ini, banyak kebaikan yang dapat anda peroleh.

Anda berisiko tinggi jika beli daging aqiqah yang telah siap disembelih kerana antaranya terdapat keraguan dengan cara penyembelihan.

Anda tidak akan tahu sama ada daging berikut disembelih dengan cara-cara yang mematuhi syariat.

Malah, anda juga tidak dapat mengetahui sama ada kualiti daging itu adalah segar mahupun sihat daripada segala kecacatan.

Jadi, agaknya sah ataupun tidak ibadah aqiqah anda kelak?

  • Pilih yang tidak cacat

Pastikan anda memilih kambing yang tidak memiliki cacat-cela seperti buta sebelah, telinga, hidung ekor atau kaki yang terpotong.

Tanduknya juga penting untuk dipastikan agar tidak patah atau retak agar ibadah aqiqah itu sah.

Cara mudah untuk anda pastikan kambing itu sihat adalah melalui matanya. Jika matanya merah, jaga-jagalah kerana itu petanda ia tidak sihat.

  • Kuku dan gigi bersih

Perhatikan bahagian kukunya agar bersih dan bebas dari kewujudan cacing. Cacing yang membiak dalam kambing adalah berbahaya kepada manusia.

Gigi kambing yang bersih dan sihat dapat diperhatikan pada bahagian utama gigi dan rahang sama ada kambing berikut kuat mengunyah.

  • Sihat dan gemuk

Kambing yang sihat pastilah memiliki tubuh yang gemuk. Kambing yang gemuk bermaksud dagingnya banyak dan paling sesuai untuk tujuan aqiqah.

Cara lain untuk anda melihat kegemukan seekor kambing adalah pada bahagian paha dan punggungnya.

Daging yang banyak pada bahagian punggung kambing yang menyebabkannya mempunyai punggung besar menandakan ia adalah ideal untuk disembelih.

  • Selidik harga

Perlu anda tahu bahawa harga kambing yang mahal tidak semestinya menandakan bahawa kambing tersebut adalah kambing yang berkualiti.

Pilihlah kambing yang bersesuaian dengan bajet anda dengan membuat perbandingan harga dengan beberapa pakej yang ditawarkan.

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.

Moga artikel ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang akikah anak. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

kambing aqiqah

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

kambing aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?