harga kambing aqiqah

Senarai Harga Kambing Aqiqah Terkini!

Anda tertanya-tanya tentang harga kambing aqiqah terkini?

Telah bersiap sedia dengan bajet yang bersesuaian namun tak pasti sama ada cukup atau tidak?

Mujur anda terjumpa artikel ini!

Baca dengan lebih lanjut untuk ketahui jawapannya dan juga ciri-ciri haiwan aqiqah.

Jenis Haiwan Aqiqah

harga kambing aqiqah

Berikut merupakan jenis-jenis haiwan yang boleh dijadikan sembelihan untuk korban

  • Kambing
  • Biri-biri
  • Kerbau
  • Lembu
  • Unta

Haiwan lain yang agak jarang disembelih di Malaysia adalah kibas dan juga unta namun masih dibolehkan mengikut syarak.

Umur Haiwan Aqiqah

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang umur haiwan untuk dijadikan ibadah aqiqah:

  • Biri-biri dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  • Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  • Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  • Unta – melebihi lima tahun

Jika haiwan sembelihan pilihan anda ialah kambing, pastikan cukup umurnya mengikut ketentuan syarak.

Syarat Haiwan Aqiqah

Dalam pemilihan haiwan untuk disembelih, pasti anda ciri-ciri tertentu yang perlu kita pertimbangkan. 

Kita tidak boleh memilih secara semberono. 

Pertama sekali, haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak dan bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang lebih afdal ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Manakala satu ekor kambing untuk seorang bayi perempuan. 

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagiaan yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Bukanlah suatu kemestian untuk menyembelih kambing. 

Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.

Harga Kambing Aqiqah 2021

harga kambing aqiqah

Tujuan melaksanakan ibadah aqiqah adalah untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat Islam.

Kambing yang dijadikan sembelihan aqiqah mestilah berusia sekurang-kurangnya dua tahun. 

Pengecualian dibolehkan untuk kambing baka Boer berusia 6 bulan untuk dijadikan haiwan sembelihan aqiqah.

Kebiasaannya, harga kambing biri-biri bermula dari RM 950.

Menjelang 2021, harga kambing aqiqah semasa dengan pakej sembelih lapah dan hantar adalah dalam lingkungan RM 750-800.

Namun, harga berikut amatlah bergantung kepada kadar mata wang semasa yang berkemungkinan berubah.

Selain itu, harga kambing semasa juga adalah tertakluk dan ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

Terdapat dua kategori harga kambing di pasaran tempatan.

Iaitu daging kambing yang segar dan daging kambing beku yang diimport. 

Harga kambing segar adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging kambing beku import.

Hal ini kerana daging kambing segar adalah lebih empuk dan lembut serta mempunyai rasa yang lebih manis. 

Sama ada anda memilih yang segar ataupun import, daging kambing memiliki kandungan kolesterol yang lebih rendah berbanding daging lembu. 

Tujuan melakukan ibadah korban adalah sangat murni disisi Islam. 

Ibadah ini dapat memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Diharap perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?