Sejarah Aqiqah: Sebelum & Selepas Kedatangan Islam

Ibadah aqiqah merupakan suatu ibadah yang sudah lazim dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Namun, setakat manakah pengetahuan kita tentang sejarah ibadah aqiqah?

Mari kita telusuri dengan lebih mendalam sejarahnya sebelum dan selepas kedatangan Islam.

Apa itu Aqiqah dan Apakah Hukum Melaksanakannya?

Dari segi bahasa, aqiqah bermaksud “memotong”.

Menurut pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari:

aqiqah merujuk kepada rambut bayi yang tumbuh sewaktu kelahirannya dan harus dicukur. 

Dari segi istilah hukum syarak, aqiqah merujuk kepada haiwan yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan.

Menurut para jumhur ulama dan ahli fiqh, hukum melaksanakan ibadah aqiqah adalah sunat muakkad. 

Ibadah aqiqah ini sangatlah digalakkan dalam Islam. 

Malah, ibadah ini juga dapat memelihara bayi daripada gangguan syaitan, menurut pandangan Ibn Qayyim.

Sebelum Kedatangan Islam

Percaya atau tidak, penyembelihan haiwan untuk bayi yang baru dilahirkan memang sudah lama dipraktikkan.

Terutamanya, dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliyyah.

Apabila terdapat berita yang menggembirakan atau terdapat sebarang perayaan, mereka akan segera melakukan penyembelihan.

Khususnya pada bulan Rejab, masyarakat ini akan menyembelih kambing untuk diagih-agihkan kepada jiran.

Selain untuk jiran tetangga, ia juga untuk dimakan bersama-sama keluarga.

Namun, terdapat perbezaan yang ketara dari segi pelaksanaan aqiqah sebelum kedatangan Islam. 

Aqiqah berlandaskan tradisi Arab Jahiliyyah semata-mata dan bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

Antara perkara yang bercanggah berikut termasuklah menyapu kepala bayi dengan darah sembelihan kambing. 

Ini berdasarkan riwayat Ibnu Sakan:

Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah SAW. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.”

Selain itu, penyembelihan haiwan hanya dilaksanakan untuk kelahiran bayi lelaki sahaja. 

Selepas Kedatangan Islam

Kedatangan Islam tidaklah merubah corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah secara radikal.

Khususnya dari segi pelaksanaan aqiqah. Terdapat beberapa penambahbaikan yang dikekalkan sehingga kini. 

Tradisi Arab Jahiliyyah iaitu mengoles kepala bayi dengan kapas yang dicelup darah kambing.

Upacara ini telah digantikan dengan menyapu minyak wangi ataupun air bunga saffron.

Selain itu, penyembelihan haiwan untuk anak lelaki sahaja telah ditambahbaik dengan menyembelih dua ekor kambing untuk bayi lelaki.

Manakala seekor kambing disembelih untuk bayi perempuan. 

Dan yang paling penting sekali, tujuan aqiqah pada zaman sebelum kedatangan Islam adalah untuk kegembiraan dan penyembahan berhala semata-mata.

Namun, kini selepas kedatangan Islam, tujuan aqiqah berganti kepada untuk memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Kadar Haiwan Aqiqah

Dalam pemilihan haiwan untuk disembelih, pasti anda ciri-ciri tertentu yang perlu kita pertimbangkan. 

Kita tidak boleh memilih secara semberono. 

Pertama sekali, haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak dan bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang haiwan-haiwan untuk dijadikan ibadah korban aqiqah:

  1. Biri-biri, domba dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  2. Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  3. Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  4. Unta – melebihi lima tahun

Menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang lebih afdal ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Manakala satu ekor kambing untuk seorang bayi perempuan. 

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagiaan yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Bukanlah sesuatu kemestian untuk menyembelih kambing. 

Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?