aqiqah anak lelaki

Panduan Aqiqah Bagi Anak Lelaki: Semua Yang Anda Perlu Tahu

Anda ingin mengadakan majlis aqiqah anak lelaki?

Ibu-ibu dan bapa-bapa mesti tengah gelisah memikirkan tentang kenduri untuk anak mereka yang baru lahir.

Pandemik ini bukanlah penghalang untuk melaksanakan ibadah aqiqah ini. 

Ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini tentang panduan untuk melaksanakan majlis aqiqah anak lelaki anda.

Hukum Aqiqah

aqiqah anak lelaki

Niat adalah sangat penting untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah sebelum melaksanakannya mengikut syariat. 

Oleh kerana ibadah aqiqah tidak dilakukan secara depan mata, niat beserta tanggungjawab itu tertakluk kepada wakil melalui ‘akad wakalah’. 

Berdasarkan hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA, beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Bersama-sama kelahiran bayi terdapat aqiqahnya. Demikianlah, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah najis dan kekotoran daripadanya.” 

Syarat Haiwan Untuk Aqiqah

aqiqah anak lelaki

Pastikan anda mematuhi syarat-syarat pemilihan haiwan aqiqah yang betul untuk disembelih.

Pertama sekali, haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak.

Pastikan juga haiwan-haiwan berikut bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang haiwan-haiwan untuk dijadikan ibadah korban aqiqah:

Biri-biri dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya.

Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Unta – melebihi lima tahun.

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Pelaksanaan Aqiqah Bagi Anak Lelaki

aqiqah anak lelaki

Menurut hadis riwayat Aisyah R.A yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Namun menurut mazhab Shafi’e, satu ekor kambing sahaja sudah memadai dengan syarat dijalankan dengan niat yang ikhlas.

Pendapat berikut telah dinukilkan dalam kitab al-Muhazzab oleh al-Imam al-Syirazi. 

Selain pendapat al-Iman al-Syirazi, al-Imam al-Nawawi juga turut bersetuju dengan pendapatnya dalam kitab al-Majmu’.

Terdapat beberapa perkara lain yang dapat anda lakukan untuk mengikut sunnah Rasulullah.

Malah, sekali gus mendapat pahala, antaranya:

  1. Tahnik

Salah satu miskonsepsi yang kita alami kini ialah kita sering berpendapat perlunya memilih ustaz.

Tidak semestinya kerana sesiapa sahaja boleh tahniq bayi asalkan beliau seorang yang soleh.

Malah bapa kepada bayi tersebut juga dianjurkan untuk tahniq bayinya sendiri.

Hal ini agar moga ada keberkatan ibu bapanya turut terpalit keatas bayi.

Rasulullah SAW menganjurkan agar tahniq bayi menggunakan kurma ataupun madu. 

Doa yang dianjurkan oleh baginda:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

  1. Cukur rambut

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. 

Apabila dicukur, cukur sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air Za’faran agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Timbanglah cukuran rambut bayi berikut dan sedekahlah mengikut harga semasa emas atau perak.

Tujuan melakukan aqiqah adalah sangat murni disisi agama Islam. 

Ibadah ini dapat  memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

 

Perlukan Bantuan?