majlis aqiqah

Majlis Aqiqah Simple Mengikut Sunnah

Ibadah aqiqah merupakan suatu ibadah yang sudah lazim dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Namun, semakin lama semakin ramai ibu bapa yang mengadakan kenduri secara besar-besaran.

Katanya mahu mengikut trend yang dicetuskan oleh selebriti-selebriti terkenal.

Tapi perlu kita ingat, berlebih-lebihan tidak dianjurkan dalam Islam. 

Betul ke? Mari kita lihat syarat sah dan juga amalan sunnah untuk majlis aqiqah dalam artikel ini. 

Syarat Sah Aqiqah

majlis aqiqah

Terdapat beberapa syarat aqiqah yang perlu anda tahu sebelum majlis aqiqah anak anda berlangsung. 

Ada syarat-syarat ke? Eh mestilah! 

Pertama sekali, mestilah bermula dengan niat.

Pastikan anda mematuhi syarat-syarat pemilihan haiwan aqiqah yang betul untuk disembelih.

Haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak.

Pastikan juga haiwan-haiwan berikut bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang haiwan-haiwan untuk dijadikan ibadah korban aqiqah:

Biri-biri, domba dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya.

Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Unta – melebihi lima tahun.

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Terdapat perbezaan antara aqiqah untuk bayi lelaki dan perempuan.

Namun, perbezaan ini bukanlah untuk merendahkan martabat perempuan mahupun lelaki.

Dalam agama Islam, lelaki dan perempuan sama sahaja disisi Allah. 

Nilai ketaqwaan seseorang itu yang diambil kira dan dipandang mulia. 

Anak Lelaki

Menurut hadis riwayat Aisyah R.A yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Anak Perempuan 

Berdasarkan hadis berikut, kita dapati untuk seorang bayi perempuan ialah satu ekor kambing. 

Bukanlah suatu kemestian untuk menjadikan kambing sebagai pilihan haiwan untuk disembelih dan dijadikan haiwan aqiqah. 

Seperti yang tertera diatas, terdapat pelbagai jenis haiwan aqiqah yang dapat dipilih selain daripada kambing.

Tak perlu kita risau sama ada perkara ini afdal ataupun bid’ah.

Buktinya, Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sunat melakukan ibadah korban berbanding aqiqah.

Hal ini adalah untuk anak-anak lelaki mahupun perempuan yang kian meningkat umurnya.

Jika anak-anak dapati mereka belum diaqiqahkan, boleh sahaja mereka berbuat aqiqah untuk diri sendiri. 

Amalan Majlis Aqiqah

Sebenarnya, kalau kita buat majlis aqiqah simple-simple pun dah cukup bermakna. 

Biarlah majlis itu penuh dengan keberkatan dan dijauhkan daripada perkara yang berlebih-lebihan.

Jimat pun jimat, betul tak? 

Berikut merupakan sunnah nabi dalam melaksanakan majlis aqiqah:

  1. Cukur jambul

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. 

Apabila dicukur, cukur sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air Za’faran agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Timbanglah cukuran rambut bayi berikut dan sedekahlah mengikut harga semasa emas atau perak.

  1. Tahniq

Salah satu miskonsepsi yang kita alami kini ialah kita sering berpendapat perlunya memilih ustaz.

Tidak semestinya kerana sesiapa sahaja boleh tahniq bayi asalkan beliau seorang yang soleh.

Malah bapa kepada bayi tersebut juga dianjurkan untuk tahniq bayinya sendiri.

Hal ini agar moga ada keberkatan ibu bapanya turut terpalit keatas bayi.

Rasulullah SAW menganjurkan agar tahniq bayi menggunakan kurma ataupun madu. 

Doa yang dianjurkan oleh baginda:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

  1. Tazkirah 

Jemputlah golongan agamawan yang tinggi akhlak dan ilmu untuk berkongsi sedikit ilmu agama.

Berbanding perbelanjaan ke arah hiasan pelamin, baiklah disalurkan kearah cenderamata untuk penceramah.

Keberkatan akan hadir pada majlis yang sederhana yang dititip dengan ukhwah Islamiyyah yang utuh.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

      

Perlukan Bantuan?