korban aqiqah

Korban Dan Aqiqah: Perbezaan Yang Anda Mesti Tahu!

Korban dan aqiqah itu ternyata merupakan dua perkara yang berbeza walaupun ibadahnya tampak serupa.

Namun masih ada yang keliru dan menyangka korban aqiqah itu merupakan perkara yang sama.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini! 

Selepas membaca artikel anda akan ketahui:

  • Maksud Korban
  • Maksud Aqiqah
  • Beza Korban dan Aqiqah
  • Pakej Terbaik Untuk Laksanakan Kedua-dua Ibadah Ini

Maksud Korban dan Hukumnya

korban aqiqah

Korban ialah perbuatan menyembelih atau mengorbankan haiwan pada hari tertentu yang jatuh pada 10 sehingga 13  Zulhijjah. 

Perbuatan atau ibadah korban ini adalah bertujuan untuk mendekatkan umat Islam terhadap Allah.

Ibadah ini Allah syariatkan kepada umat Islam pada tahun ke-2 Hijrah rentetan perintah untuk melaksanakan solat sunat Aidiladha dan juga zakat.

Manakala hukum untuk ibadah korban ini ialah sunat muakkad. 

Apa itu Aqiqah dan Apakah Hukum Melaksanakannya?

korban aqiqah

Oh korban begitu rupanya, bagaimana pula dengan aqiqah?

Aqiqah ini berasal daripada perkataan Arab ‘al-Iqqah’ yang bermaksud rambut yang tumbuh pada manusia atau haiwan yang dilahirkan.

Kalau kita telusuri dari segi syarak pula, aqiqah bermaksud upacara yang dilaksanakan sempena kelahiran bayi yang disempurnakan dengan penyembelihan haiwan ternakan.

Pelaksanaan aqiqah ini termasuk memotong ataupun mencukur rambut bayi tersebut serta diberikan nama yang baik-baik.

Hukum pelaksanaan aqiqah sama seperti ibadah korban iaitu sunat muakkad.

Beza Korban Dan Aqiqah

korban aqiqah

Memandangkan hukum ibadah korban aqiqah ini adalah sunat muakkad, apakah perbezaan antara kedua-duanya?

Sebenarnya kedua-dua ibadah ini tiada kaitan langsung antara satu sama lain, namun, ramai yang sering keliru.

Barangkali punca kekeliruan ramai tersebut adalah perbuatan menyembelih haiwan ternakan untuk kedua-dua ibadah berikut.

Ia juga mungkin disebabkan pemerhatian terhadap golongan segelintir masyarakat kita yang berkemampuan melaksanakan ibadah korban dan aqiqah serentak.

Namun, kita perlu jelas bahawa ibadah korban hanyalah disempurnakan pada bulan Zulhijjah.

Dengan lebih spesifik, pada tarikh 10, 11, 12 dan juga 13 Zulhijjah iaitu pada 4 hari sahaja untuk setiap tahun.

Manakala ibadah aqiqah ini dilaksanakan khas untuk bayi yang baru dilahirkan.

Hal ini bermakna tarikh majlis aqiqah anak itu adalah pada bila-bila masa. 

Namun, aqiqah itu adalah lebih afdal untuk dilaksanakan pada hari ketujuh anak berikut dilahirkan.

Jika dilihat dari segi tuntutan, ibadah aqiqah adalah lebih diutamakan berbanding ibadah korban.

Walaubagaimanapun, ibadah aqiqah ini adalah sekali sahaja untuk seseorang individu sepanjang hayatnya.

Manakala, ibadah korban seperti yang kita telah sedia maklum, dilaksanakan pada setiap tahun hijrah.

Dari segi pengagihan daging penyembelihan juga adalah berbeza. 

Daging aqiqah yang ingin diagihkan kepada golongan fakir miskin perlulah dimasak dahulu.

Perbuatan memasak daging aqiqah terlebih dahulu ini adalah perbuatan sunat (menurut Aisyah RA dari hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi). 

Tambahan juga, daging aqiqah yang bertujuan untuk dimasak itu dimasak dengan masakan yang manis.

Harapan ia dilakukan sedemikian adalah agar bayi yang diaqiqahkan itu membesar dengan akhlak yang mulia.

Untuk agihan daging korban pula, hanya golongan fakir miskin yang layak menerimanya.

Agihan daging korban berikut tidak perlu dimasak dan disedekahkan kepada golongan fakir dalam keadaan mentah.

Lebih unik lagi, haiwan ternakan pilihan yang disembelih untuk tujuan aqiqah ada cara pemotongan tersendiri.

Cara pemotongan berikut tidak tertakluk untuk haiwan ternakan yang disembelih untuk tujuan ibadah korban.

Haiwan ternakan yang disembelih untuk tujuan aqiqah sunat dipotong pada bahagian sendi-sendinya sahaja.

Kalau boleh, tulang haiwan yang disembelih untuk tujuan aqiqah tidak perlu dikerat-keratkan.

Perkara ini agar mudah-mudahan bahagian anggota badan bayi yang dilaksanakan aqiqah keatasnya itu sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah.

Harapnya kini anda lebih jelas tentang perbezaan ibadah korban aqiqah.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

korban aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

korban aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?