harga seekor kambing

Harga Seekor Kambing Serendah RM490? Dapatkan Jawapannya Di Sini!

Anda tahu harga seekor kambing di pasaran kini? 

Mungkinkah harga kambing pada tahun ini adalah lebih mahal berbanding tahun-tahun sebelum ini? 

Agak-agak, cukupkah bajet untuk anda laksanakan aqiqah untuk bayi anda?

Risaunya jika harga kambing melepasi tahap bajet yang telah ditetapkan. 

Usah bimbang, artikel ini akan membantu anda dari segi pemilihan kambing yang bersesuaian dengan bajet anda. Jom baca dengan lanjut!

Jenis haiwan aqiqah

harga seekor kambing

Kebiasaannya, haiwan-haiwan yang terdiri daripada kategori ternakan iaitu bahimatul an’am yang akan disembelih.

Menurut pendapat para ulama, penyembelihan haiwan ternakan yang berkaki empat termasuklah kambing, biri-biri, lembu dan kerbau.

Selain haiwan-haiwan ini, unta dan kibas yang lebih jarang disembelih di Malaysia adalah sah mengikut syarak untuk tujuan aqiqah. 

Umur haiwan aqiqah

harga seekor kambing

Umur haiwan ternakan yang hendak disembelih untuk tujuan aqiqah adalah berbeza-beza mengikut jenis haiwan itu sendiri.

Untuk lembu dan kerbau, haiwan-haiwan ini mestilah telah gugur gigi susuannya serta telah melebihi umur dua tahun.

Manakala kibas, biri-biri dan kambing juga perlu gugur dahulu gigi susuannya serta mencapai umur sekurang-kurangnya satu tahun.

Berbeza pula dengan unta, yang mana anda perlu memastikan ia melebihi umur lima tahun untuk disembelih atas tujuan aqiqah.

Syarat haiwan aqiqah

harga seekor kambing

Secara amnya, haiwan-haiwan ternakan yang hendak disembelih mestilah sihat dan gemuk.

Haiwan yang dipilih mestilah tidak cacat, tidak buta, tidak bunting ataupun terlalu kurus.

Haiwan yang berkudis atau tampak jelas kerosakan pada kualiti dagingnya juga dapat menjejaskan sama ada ibadah aqiqah itu sah atau tidak.

Manakala ciri-ciri haiwan tersebut adalah sah disembelih namun hukumnya makruh adalah apabila gigi haiwan itu lompong atau jika sebahagian telinga atau ekornya terpotong.

Selain itu, ia juga makruh jika air susu haiwan berikut adalah kering dan jika didapati tanduknya telah patah ataupun pecah.

Harga Kambing Aqiqah 2021

Syariat Islam memiliki syarat-syarat yang perlu umat Islam patuhi dalam melaksanakan ibadah aqiqah agar ibadat tersebut sempurna dan sah.

Walaupun penyembelihan haiwan ternakan seperti kambing adalah sama dengan tujuan korban dan aqiqah namun terdapat perbezaan yang membezakan kedua-dua ibadah ini.

Untuk konteks aqiqah, ia merupakan tanda kegembiraan dan kesyukuran ibu bapa atas kelahiran bayi selain daripada menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Kambing yang dijadikan sembelihan aqiqah mestilah berusia sekurang-kurangnya dua tahun. 

Pengecualian dibolehkan untuk kambing baka Boer berusia 6 bulan untuk dijadikan haiwan sembelihan aqiqah.

Harga kambing semasa adalah tertakluk dan ditetapkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). 

Untuk harga seekor kambing biri-biri, kebiasaannya ia bermula dari RM 950.

Menjelang 2021, harga kambing aqiqah semasa dengan pakej sembelih lapah dan hantar adalah dalam lingkungan RM 750-800.

Namun, harga berikut amatlah bergantung kepada kadar mata wang semasa yang berkemungkinan berubah.

Terdapat dua kategori harga kambing di pasaran tempatan.

Iaitu daging kambing yang segar dan daging kambing beku yang diimport. 

Harga kambing segar adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan daging kambing beku import.

Hal ini kerana daging kambing segar adalah lebih empuk dan lembut serta mempunyai rasa yang lebih manis. 

Sama ada anda memilih yang segar ataupun import, daging kambing memiliki kandungan kolesterol yang lebih rendah berbanding daging lembu. 

Jadi, adakah anda memiliki bajet yang mencukupi untuk membeli kambing untuk tujuan aqiqah? 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.

Moga artikel ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang akikah anak. 

Harga Seekor Kambing Serendah RM490!

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

harga seekor kambing
  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

harga seekor kambing

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?