5 Sebab Aqiqah Online Kini Menjadi Pilihan Orang Ramai

Aqiqah online? Biar betul? Anda tak salah baca kerana ia tak mustahil!

Kita kini hidup dalam zaman yang serba moden lagi canggih. 

Segala perkara terletak di hujung jari dari pemesanan makanan sehinggalah aqiqah secara online.

Dalam artikel kali ini, kita akan lihat apakah hukum melaksanakan aqiqah secara online dan mengapa ia memudahkan urusan kita. 

Hukum Melaksanakan Aqiqah Online

Untuk umat Islam, kemunculan internet memudahkan lagi urusan-urusan penting khususnya melibatkan ibadah.

Salah satu ibadah yang kita dapat lakukan secara online ialah ibadah aqiqah. 

Niat adalah sangat penting untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah sebelum melaksanakannya mengikut syariat. 

Oleh kerana ibadah aqiqah tidak dilakukan secara depan mata, niat beserta tanggungjawab itu tertakluk kepada wakil melalui ‘akad taukil’. 

Maka, hukumnya adalah harus, namun, sunat untuk turut serta menyaksikan penyembelihan haiwan. 

5 Sebab Mengapa Aqiqah Online Lebih Mudah

Sekarang, kita sudah sedia maklum bahawa hukum aqiqah online ini adalah harus.

Mari kita lihat pula lima sebab mengapa aqiqah online ini amatlah  memudahkan urusan ibadah kita: 

  1. Prosesnya ringkas

Betul ke prosesnya ringkas? Soalan ini pasti berlegar-legar dalam kotak fikiran anda kan?

Kebiasaannya, proses aqiqah ini memakan masa yang sangat lama. 

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan suatu operasi yang agak kompleks.

Pengurusannya dari awal iaitu pembelian haiwan sembelihan sehinggalah membiayai keseluruhan jamuan aqiqah adalah agak rumit. 

Ramai klien aqiqah online tidak mahu terbabit dengan urusan sebegitu. 

Tambahan pula, pelaksanaannya agak terikat dengan PKPP dek COVID-19. 

Disebabkan masalah ini, permintaan untuk menjalankan ibadah aqiqah oleh seseorang wakil melambung tinggi. 

Maka, tumbuhlah bagai cendawan selepas hujan syarikat-syarikat pengendali aqiqah di luar sana.

Anda bebas memilih syarikat yang mempunyai rekod yang baik serta betul-betul berpengalaman untuk mengelakkan daripada tertipu. 

  1. Pembayaran secara online

Ada sebab mengapa jenis proses aqiqah ini digelar aqiqah online. Dapatkah anda teka?

Semestinya, anda dapat membuat bayaran secara online!

Inilah antara ciri terpenting pelaksanaan aqiqah online. 

Khususnya bagi mereka yang mencari cara termudah untuk menjalankan ibadah aqiqah untuk bayi mereka. 

Anda boleh membuat pendaftaran di laman web pengendali aqiqah.

Kemudian, anda boleh terus membuat pembayaran secara online. 

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah isi maklumat diri, peserta (nama anak).

Sertakan sekali bilangan bahagian atau ekor haiwan sembelihan. 

Lepas itu, anda tinggal pilih sahaja metod pembayaran sama ada secara bank transfer ataupun kad kredit.

Invois pembayaran akan anda terima melalui emel yang dihantar oleh pihak pengendali aqiqah online untuk tujuan bukti simpanan. 

  1. Harga haiwan sembelihan murah

Sebelum anda membuat pembelian, anda pasti akan meneliti harga barang tersebut terlebih dahulu.

Mesti anda akan pastikan sama ada ia tidak terlalu mahal betul kan?

Anda beruntung kerana kebiasaannya, harga haiwan sembelihan untuk aqiqah online adalah jauh lebih murah berbanding harga untuk aqiqah biasa. 

Kalau aqiqah biasa, seekor kambing biri-biri sahaja sudah mencecah RM 950. Mahal kan?

Sebab itulah aqiqah online kian menjadi popular dalam kalangan ibu bapa.

Yuran penyertaan dan segala yang terbabit dalam proses aqiqah adalah murah dan berpatutan.

  1. Bukti sembelihan aqiqah

Biasalah kalau kita menyelesaikan urusan secara online kita akan berasa sedikit gusar. 

Ya lah, takut juga kalau ditipu oleh scammer dan sebagainya.

Tapi anda tak perlu berasa gusar untuk urusan aqiqah online.

Kebiasaannya, jika syarikat pengendali aqiqah itu sememangnya telus, mereka akan menyertakan bukti sembelihan kepada anda.

Bukti sembelihan itu berbentuk gambar haiwan sembelihan aqiqah bersama-sama kad nama peserta aqiqah.

Setiap gambar berikut dimuatnaik di laman sosial syarikat pengendali aqiqah online sebagai bukti bahawa aqiqah klien terbabit telah dilaksanakan. 

  1. Pemberian sijil elektronik

Selain daripada bukti dalam bentuk gambar, anda juga akan mendapat sijil pelaksanaan yang tertera tempat pelaksanaan ibadah aqiqah berikut beserta tarikh. 

Sijil berikut akan disahkan oleh pihak agama Islam tertentu yang sedia memantau operasi aqiqah yang berlangsung. 

Setelah itu, sijil berikut diposkan kepada klien aqiqah online. 

Laksanakan Aqiqah Online dengan Aqiqah Ikhlas

Mudahkan ibadah aqiqah secara online? 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Perlukan Bantuan?