Korban kambing lebih afdal

Melaksanakan Korban Seekor Kambing Lebih Afdal?

Benarkah kambing korban lebih afdal berbanding haiwan ternakan yang lain?

Sebagai umat Islam, kita sedia maklum bahawa ibadah korban merupakan antara ibadah yang amat dituntut dan digalakkan.

Bukankah wajar untuk kita mengaut keberkatan dan ganjaran dengan mengambil tahu sedikit sebanyak tentang ibadah korban ini?

Telusuri artikel ini untuk mengetahui semua tentang ibadah korban dari pengertiannya, syaratnya serta kenapa kambing korban adalah lebih afdal.

Selamat membaca!

Pengertian Korban

Menurut pendapat alim ulama’, ibadah korban bermakna penyembelihan haiwan ternakan tertentu pada tarikh mengikut kalendar Islam. 

Tarikh yang dimaksudkan itu jatuh pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. 

Perintah Allah agar umat Islam melaksanakan korban ini adalah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah sekali gus dengan perintah solat Aidiladha dan juga zakat.

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan. Malah, pelaksanaan ibadah ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Ilahi. 

Berlainan dengan mazhab Syafi’e, iaitu mazhab majoriti umat Islam di Malaysia, beberapa ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa korban hukumnya wajib.

Hukumnya jatuh wajib keatas mereka yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Syarat Korban

Setiap syarat sah ibadah pastinya perlu disertakan niat, termasuklah ibadah korban.

Bagi memastikan ibadah korban anda sah, anda perlu memastikan beberapa perkara disyaratkan ke atas haiwan ternakan yang ingin dikorban.

Salah satu syarat bagi binatang korban adalah cukup umur.

Syarat umur bagi binatang korban adalah seperti yang berikut:

  • Unta – 5 tahun masuk ke 6 tahun
  • Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
  • Biri-biri/kibas – 1 tahun masuk ke 2 atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur tetapi melebihi 6 bulan

Ada juga binatang yang tidak boleh dijadikan ibadah korban iaitu binatang yang mempunyai kecacatan seperti yang berikut:

  • Tidak bertelinga atau telinganya terpotong walaupun sedikit
  • Ekor atau lidah terpotong
  • Binatang kurus dan kurang dagingnya
  • Berkudis kerana dagingnya mungkin rosak
  • Buta 
  • Tempang
  • Bunting 

Tetapi sesetengah kecacatan pada binatang masih sah untuk dikorbankan, contohnya:

  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduk
  • Terbelah telinga
  • Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
  • Dilahirkan tidak berekor
  • Tertanggal sebahagian giginya 
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

Selain itu, korban lembu dan unta tidak boleh dikongsi lebih daripada 7 orang di mana seorang menyumbang 1/7 bahagian.

Pembahagian daging korban pula adalah seperti yang berikut:

  • ⅓ disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ dimasak untuk jamuan ramai
  • ⅓ dimakan oleh orang yang melaksanakan korban dan keluarganya

Kambing Korban Lebih Afdal

Antara syarat asas untuk melaksanakan ibadah korban adalah haiwan sembelihan yang dipilih merupakan haiwan ternakan berkaki empat yang halal.

Selain memiliki tubuh fizikal yang gempal dan sihat, haiwan sembelihan tersebut mestilah sempurna daripada sebarang kecacatan.

Namun, apa yang membuatkan haiwan sembelihan kambing begitu istimewa jika dibandingkan dengan haiwan ternakan lain seperti unta, lembu dan sebagainya?

Berikut merupakan pendapat seorang ulama Islam tentang persoalan afdal mengorbankan seekor kambing berbanding satu bahagian lembu. 

Menurut ulama berikut, Imam Khatib al-Syirbini:

(Melakukan korban) bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya (Rujuk Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, 4/285).

Demikianlah pendapat imam Khatib al-Syirbini tentang persoalan mengapa kambing aqiqah adalah lebih afdal.

Akhir kata, Islam sangat memandang murni akan mereka yang melaksanakan ibadah korban dengan ikhlas dan teratur. 

Selain itu, ibadah ini dapat memupuk rasa kesyukuran dalam kalbu di kalangan umat Islam. 

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada para Muslimin diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah korban. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan pahala korban kambing yang afdal, anda boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?