Syarat kambing aqiqah

4 Syarat Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kambing Aqiqah

Anda masih keliru dan kurang pasti tentang syarat kambing aqiqah?

Tahukah anda perbezaan antara aqiqah untuk anak lelaki dan anak perempuan?

Dalam banyak-banyak pilihan haiwan ternakan, mengapakah kambing adalah pilihan yang terbaik?

Haa, anda tak sabar nak tahu? Ikuti artikel ini dengan lanjut untuk dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan panas seperti diatas! 

Mengapa Kambing Menjadi Pilihan Untuk Aqiqah?

kambing aqiqah

Hukum ibadah aqiqah telah diputuskan sebagai sunat muakkad iaitu sunat yang amatlah digalakkan.

Sebelum itu, anda perlu tahu apa maksud aqiqah itu sendiri. Dari segi bahasa, aqiqah adalah “memotong”.

Manakala tokoh-tokoh Islam seperti Ashmu’i, ‘Ubaid dan Zamakhsyari berpendapat bahawa aqiqah adalah rambut bayi yang tumbuh sewaktu kelahirannya dan harus dicukur. 

Dari segi istilah hukum syarak, aqiqah merujuk kepada haiwan yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan.

Okay, anda dah tahu apa tujuan sebenar aqiqah. Kini, anda ingin tahu, mengapa kambing aqiqah lebih afdal berbanding satu bahagian lembu, unta atau lain-lain haiwan ternakan?

Menurut Imam Khatib al-Syirbini:

(Melakukan korban) bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya (Rujuk Khatib al-Syirbini, Mughni al-Muhtaj, 4/285).

Demikianlah pendapat imam berikut tentang persoalan mengapa kambing aqiqah adalah lebih afdal.

Mari kita ke persoalan seterusnya!

Perbezaan Pelaksanaan Aqiqah Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Adakah anda sedikit terkejut kerana aqiqah untuk anak lelaki dan anak perempuan ni ada perbezaan rupa-rupanya?

Perbezaan pelaksanaan untuk kedua-dua jantina bayi ini tidak begitu ketara pun sebenarnya. Malah agak mudah untuk kita faham konsepnya.

Menurut hadis riwayat Aisyah R.A yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Oh, sedikit peringatan, perbezaan ini bukanlah untuk merendahkan martabat perempuan mahupun lelaki.

Dalam agama Islam, lelaki dan perempuan sama sahaja disisi Allah. Nilai ketaqwaan seseorang itu yang diambil kira dan dipandang mulia. 

Mari kita lihat pula apakah syarat-syarat kambing aqiqah.

4 Syarat Kambing Aqiqah

Terdapat beberapa syarat yang anda perlu tahu agar ibadah aqiqah yang anda laksanakan adalah sempurna dan tidak terbatal.

Antara 4 syarat berikut ialah:

  1. Daging dimasak sebelum diagihkan

Kita disunatkan untuk memasak daging aqiqah dahulu sebelum diagihkan kepada orang lain berbanding diberi dalam keadaan yang masih mentah.

Malah, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk memasak daging sembelihan berikut dalam masakan yang manis. 

Hal ini adalah untuk bertafa’ul ataupun mengharapkan agar anak yang diaqihkan itu membesar dengan perangai yang elok serta budi pekerti yang luhur.

  1. Haiwan sembelih cukup umur

Islam merupakan agama yang menitikberatkan ihsan. Oleh itu, kambing yang kecil, terlalu muda dan masih belum cukup umur tidak boleh untuk disembelih.

Umur kambing yang paling sesuai untuk dijadikan haiwan sembelihan adalah melebihi satu tahun baik betina mahupun jantan.

  1. Haiwan sembelih sempurna

Pastikan anda memilih haiwan sembelihan yang sempurna fizikal. Tidak cacat seperti terlalu kurus, tempang, buta dan sebagainya.

Kambing aqiqah pilihan anda juga perlulah gemuk dan sihat. Bukan kambing yang bunting ya!

  1. Jantina bayi dan jumlah kambing

Seperti yang telah kita bincangkan diatas, jumlah kambing aqiqah adalah bergantung kepada jantina bayi yang ingin diaqiqahkan.

Untuk bayi lelaki, dua ekor kambing aqiqah manakala untuk bayi perempuan, satu ekor kambing aqiqah. Jangan keliru ya!

Akhir kalam, harapnya semoga persoalan-persoalan panas anda telah pun terjawab!

Tujuan melakukan aqiqah adalah sangat murni disisi agama Islam. 

Ibadah ini dapat memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

kambing aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?