Daging aqiqah

Daging Aqiqah: Bagaimana Agihan Sepatutnya Dilakukan?

Anda merancang untuk melaksanakan aqiqah untuk bayi anda, tapi macam mana agaknya cara untuk mengagihkan daging aqiqah?

Bagaimanakah cara yang sesuai, afdal lagi mematuhi sunnah Rasulullah SAW agar anda dapat memperoleh manfaat dan kebaikan?

Ikuti artikel ini untuk ketahui dengan lebih lanjut bagaimana agihan yang sepatutnya anda lakukan. Selamat membaca!

Pengertian Aqiqah

Aqiqah berasal dari kata ‘al-Iqqah’ yang bermaksud rambut manusia atau haiwan yang dilahirkan.

Dari segi syarak, aqiqah merupakan penyembelihan haiwan ternakan berkaki empat sempena menyambut kelahiran bayi.

Majlis aqiqah yang dilaksanakan termasuklah mencukur sedikit rambut bayi serta menamakan bayi dengan nama yang baik.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa maksud: 

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Hukum ibadah aqiqah ini ialah sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan).

Menurut pendapat para ulama’ seperti Imam Malik dan Imam Ibnu al-Qayyim, ibadah aqiqah dapat memelihara bayi daripada gangguan syaitan dan agar bayi dimudahkan segala urusan.

Umur dan Syarat Haiwan Aqiqah

Menurut hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.” (Hadis riwayat Aisyah)

Umur haiwan ternakan yang hendak disembelih untuk tujuan aqiqah adalah berbeza-beza mengikut jenis haiwan itu sendiri.

Untuk lembu dan kerbau, haiwan-haiwan ini mestilah telah gugur gigi susuannya serta telah melebihi umur dua tahun.

Manakala kibas, biri-biri dan kambing juga perlu gugur dahulu gigi susuannya serta mencapai umur sekurang-kurangnya satu tahun.

Berbeza pula dengan unta, yang mana anda perlu memastikan ia melebihi umur lima tahun untuk disembelih atas tujuan aqiqah.

Manakala untuk syarat haiwan aqiqah pula ada beberapa yang perlu kita patuhi agar ibadah aqiqah itu adalah sah:

  • Haiwan ternakan berkaki empat

Haiwan yang hendak disembelih perlu terdiri daripada haiwan ternakan yang berkaki empat dan juga halal untuk dimakan.

Lazimnya di negara kita, masyarakat kebiasaannya menyembelih kambing, lembu atau kerbau untuk aqiqah.

  • Niat aqiqah

Bahagian ini adalah yang paling penting sekali agar ibadah aqiqah dapat disempurnakan. 

Tukang sembelih harus menyatakan niat untuk melaksanakan aqiqah ke atas kelahiran bayi yang disambut. 

Usah risau jika tukang sembelih terlupa untuk berniat ketika menyembelih. 

Asalkan anda telah berniat sewaktu awal proses ibadah aqiqah seperti semasa membeli daging dan sebagainya.

Penyembelihan juga adalah sah walaupun tuan badan tiada di lokasi penyembelihan.

  • Haiwan ternakan dalam keadaan sempurna

Haiwan ternakan yang dipilih untuk disembelih perlulah dalam keadaan yang sempurna daripada kecacatan yang ketara.

Kecacatan yang dimaksudkan adalah seperti buta, tempang, atau bunting.

Selain itu, haiwan sembelih itu mestilah dalam keadaan yang gemuk dan sihat. 

Bagaimana Agihan Daging Aqiqah Dilakukan?

Daging Aqiqah

Daging aqiqah boleh diagihkan tanpa cara tertentu yang wajib kita ikuti.

Namun, digalakkan agar keluarga yang mengadakan majlis aqiqah untuk menjamu keluarga dan sahabat, jiran tetangga dan golongan fakir miskin.

Untuk menuruti sunnah Rasulullah agar mendapat pahala disisiNya, masaklah daging aqiqah tersebut dengan masakan yang manis. 

Hal ini adalah untuk bertafa’ul ataupun mengharapkan agar anak yang diaqihkan itu membesar dengan perangai yang elok serta budi pekerti yang luhur.

Memberi bahagian kaki kambing aqiqah kepada bidan yang menyambut bayi juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Akhir kalam, mengadakan majlis aqiqah merupakan tanda kegembiraan dan kesyukuran ibu bapa atas kelahiran bayi selain dapat menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.

Moga artikel ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang akikah anak. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

Daging Aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

Daging Aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?