akikah anak

Bila Waktu Afdal Laksanakan Akikah Untuk Anak?

Sudahkan anda mengadakan melaksanakan akikah anak anda?

Ibadah akikah tidak lagi janggal didengari mahupun dari segi pelaksanaannya dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Namun, masih ada lagi yang kurang pasti tentang pelaksanaannya dan cara terbaik melaksanakan akikah anak.

Buat mereka yang merupakan ibu bapa muda dan masih keliru, jemput baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Maksud Akikah

akikah anak

Perkataan ‘akikah’ berasal dari bahasa Arab yang bermaksud haiwan ternakan yang disembelih untuk kelahiran anak.

‘Akikah’ ini juga dikatakan berasal dari kata al-Iqqah yang membawa makna rambut manusia atau haiwan yang dilahirkan.

Tuntutan akikah ini adalah atas tanda kesyukuran kehadrat Ilahi.

Malah, kita juga disunatkan untuk memberikan bayi tersebut nama yang indah dan baik ketika majlis akikah anak.

Menurut pendapat para ulama, hukum akikah ialah sunat muakkad.

Bila Waktu Afdal Untuk Melaksanakan Akikah Anak?

akikah anak

Pelaksanaan akikah boleh sahaja dilaksanakan pada bila-bila hari yang sesuai.

Jika kita ikuti pendapat Imam Syafie, hukum akikah kekal sunat sehingga anak itu baligh.

Sekiranya anak itu telah baligh tetapi belum sempat diakikahkan, maka sunat bagi anak itu untuk melaksanakan akikah untuk dirinya sendiri.

Namun, akikah merupakan tuntutan mulia yang dilaksanakan untuk meraih keberkatan dari Allah. 

Jadi, bilakah waktu yang paling afdal untuk melaksanakan akikah anak?

Akikah yang paling afdal adalah dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran bayi.

Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya:  “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

– Riwayat Abu Daud (1522)

Apa Cara Terbaik Untuk Akikah Anak Pada Waktu Sekarang?

akikah anak

Waktu sekarang ini pasti ramai yang sedang risau dan ligat memikirkan bagaimana untuk melaksanakan akikah anak.

Musim pandemik ini yang memerlukan penjarakan sosial, SOP dan juga PKP yang semakin ketat menyebabkan ramai ibu bapa ingin menangguhkan majlis akikah bayi mereka.

Namun, usahlah bimbang kerana kemajuan teknologi kini dapat memudahkan kita untuk beribadah.

Ibadah akikah merupakan salah satunya yang dapat dilaksanakan secara online dan hukumnya jatuh harus.

Yang penting anda telah memasang niat serta mematuhi syariat.

Oleh kerana ibadah aqiqah online tidak dilaksanakan secara face to face, tanggungjawab dan niat itu perlu diwakilkan melalui ‘akad taukil’. 

Proses ibadah akikah online ini amat ringkas dan mudah. Hal ini kerana anda tidak perlu lagi pening kepala memikirkan urusan-urusan kompleks.

Urusan kompleks bagaimana yang kami maksudkan?

Urusan seperti memilih haiwan sembelihan sehinggalah keadaan majlis akikah itu sendiri, cuba anda bayangkan.

Banyak yang perlu difikirkan, betul?

Lagipun, akikah anak yang dilaksanakan secara online, sudah semestinya pembayaran pun dilaksanakan secara online.

Legalah sedikit rasa kerana dua perkara sudah settle dari segi pengurusan majlis dan juga pembayaran yang amat mudah.

Anda juga jangan terkejut jika anda dapati harga haiwan sembelihan jauh lebih murah jika anda memilih untuk melaksanakan akikah secara online.

Maklumlah segala kos yang berlebihan dapat diminimumkan bermaksud lebih banyak wang yang dapat kekal dalam dompet anda.

Kalau kita laksanakan ibadah akikah online ini tak ke nanti kita jadi mangsa scammer?

Jangan risau, syarikat yang telus semestinya akan mengemukakan bukti sembelihan aqiqah beserta sijil elektronik. 

Pastikan anda membuat keputusan yang bijak dalam memilih syarikat yang benar-benar jujur dalam menyampaikan hasrat klien mereka. 

Segala yang sukar pasti ada jalan penyelesaiannya.

Nasib kita pada era ini agak baik kerana walaupun dilanda pandemik, kita masih boleh melaksanakan ibadah akikah secara online. 

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat terutamanya kepada ibu bapa muda diluar sana.

Moga artikel ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang akikah anak. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

akikah anak

 

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?