hukum aqiqah

Hukum Melaksanakan Aqiqah dan Perkara Sunat Yang Boleh Diamalkan

Sebelum anda melaksanakan ibadah aqiqah anak anda, tahukah anda tentang hukum aqiqah?

Pastikah anda bahawa anda telah mengikuti semua sunnah baginda Rasulullah dalam menyempurnakan ibadah aqiqah? 

Jangan mudah terpana lantas terikut-ikut dan terpengaruh dengan trend yang anda nampak di media sosial!

Perlu kita ingat, berlebih-lebihan tidak dianjurkan dalam Islam. 

Ikuti artikel ini untuk mengetahui perkara sunat yang boleh diamalkan dalam menjalankan ibadah aqiqah supaya tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat keberkatanNya!

Apa Itu Aqiqah?

Menurut pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari:

Aqiqah merujuk kepada rambut bayi yang tumbuh sewaktu kelahirannya dan harus dicukur. 

Dari segi bahasa, aqiqah bermaksud “memotong”.

Dari segi istilah hukum syarak, aqiqah merujuk kepada haiwan yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan.

Ibadah aqiqah ini merupakan sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan).

Malah, ibadah ini juga dapat memelihara bayi daripada gangguan syaitan, menurut pandangan Ibn Qayyim.

Maka tidak hairanlah ramai umat Rasulullah SAW yang ingin mengambil peluang merebut pahala.

Berdasarkan hadis baginda SAW: 

Daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

– Riwayat al-Bukhari (2839)

Hukum Melaksanakan Aqiqah

Niat sangat penting untuk kita melaksanakan sesuatu ibadah sebelum melaksanakannya mengikut syariat. 

Oleh kerana ibadah aqiqah tidak dilakukan secara depan mata, niat beserta tanggungjawab itu tertakluk kepada wakil melalui ‘akad wakalah’. 

Berdasarkan hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA, beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Bersama-sama kelahiran bayi terdapat aqiqahnya. Demikianlah, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah najis dan kekotoran daripadanya.” 

Perkara Sunat Yang Anda Boleh Lakukan Semasa Aqiqah

Mahu meraih kebaikan dan pahala daripada melaksanakan ibadah aqiqah? 

Berikut merupakan beberapa perkara sunat yang dapat anda amalkan:

  • Dimulakan dengan bismillah

Mulakanlah ibadah aqiqah ini dengan niat yang ikhlas beserta dengan nama Allah sewaktu menyembelih haiwan ternakan pilihan.

Berdoalah seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW berikut:

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

  • Daging dimasak dahulu 
hukum aqiqah

Berbeza dengan ibadah korban yang mana agihan daging korban adalah secara mentah, kita disunatkan untuk memasak daging aqiqah dahulu.

Malah, sunat juga memasak daging sembelihan berikut dalam masakan yang manis. 

Hal ini adalah untuk bertafa’ul ataupun mengharapkan agar anak yang diaqihkan itu membesar dengan perangai yang elok serta budi pekerti yang luhur.

  • Bersedekah

Sunat untuk kita menyedekahkan kaki kanan haiwan aqiqah kepada bidan yang menyambut bayi.

Malah, kita dituntut untuk bersedah daging aqiqah yang dimasak tadi kepada golongan fakir miskin.

Sama ada masakan tadi dihantar kerumah mereka ataupun mereka dijemput hadir untuk menjamu selera di majlis aqiqah anak. 

  • Mengkhatankan bayi

Sekali gus ketika majlis aqiqah dilaksanakan, ianya juga sunat jika bayi itu dikhatankan. 

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi daripada Aisyah RA:

“Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.”

  • Cukur jambul

Menurut sunnah Rasulullah SAW, rambut bayi dicukur pada hari ketujuh. 

Apabila dicukur, cukur sehingga habis terus rambut bayi.

Kemudian, lumur sedikit kepala bayi dengan air Za’faran agar rambut bayi dapat tumbuh sekata.

Timbanglah cukuran rambut bayi berikut dan sedekahlah mengikut harga semasa emas atau perak.

  • Menamakan bayi
hukum aqiqah

Pada saat aqiqah dilaksanakan keatas bayi yang dilahirkan ini, sunat untuk menamakan bayi dengan nama yang baik dan indah.

Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya:  “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

– Riwayat Abu Daud (1522)

Kita sudah maklum bahawa hukum aqiqah ini adalah sunat muakkad iaitu sunat yang amatlah digalakkan.

Oleh itu, tak usahlah lagi bertangguh jika anda masih lagi belum menunaikan ibadah aqiqah untuk anak anda.

Anda mencari servis untuk melaksanakan ibadah aqiqah?

Untuk perkhidmatan yang telus dan lancar, anda boleh meninjau dan mempertimbangkan syarikat Aqiqah Ikhlas.

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?