Ibadah korban

Panduan Melaksanakan Ibadah Korban

Ibadah korban merupakan ibadah yang sangat dituntut dalam Islam.

Sejarahnya bermula daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail a.s.

Namun, setakat manakah pengetahuan kita tentang panduan ibadah korban yang lengkap?

Mari kita hayati dengan lebih mendalam panduannya agar kita dapat melaksanakan ibadah ini selaras dengan syarak.

Maksud Ibadah Korban

Ibadah korban

Korban merupakan satu amalan menyembelih binatang ternakan berkaki empat, atau disebut sebagai al-An’am dalam al-Quran.

Pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Dari mana pula datangnya ibadah korban ini?

Mesti anda pernah dengar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, bukan?

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya dan dipersetujui oleh Nabi Ibrahim dan anaknya.

Keduanya berjaya melepasi ujian tersebut dan membuktikan pengorbanan yang amat besar serta ketaatan dan kepatuhan yang tiada tara terhadap Allah SWT.

Namun, Nabi Ismail tidak tercedera dan digantikan tempatnya dengan seekor kibas.

Begitulah sejarah ringkas ibadah korban yang kita perlu ingati.

Hikmah Ibadah Korban

Tujuan melakukan ibadah korban adalah sangat murni disisi Islam. 

Ibadah ini dapat memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Syarat Haiwan Korban

Pastikan anda mematuhi syarat-syarat pemilihan haiwan aqiqah yang betul untuk disembelih.

Pertama sekali, haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak.

Pastikan juga haiwan-haiwan berikut bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang haiwan-haiwan untuk dijadikan ibadah korban aqiqah:

Biri-biri, domba dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya.

Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Unta – melebihi lima tahun.

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Syarat Sah Penyembelihan

Istilah “sembelihan” dalam bahasa Arab ialah zabihah.

Dari segi syarak, haiwan sembelihan ialah binatang yang halal dimakan mengikut lunas-lunas syarak.

Beberapa syarat yang perlu dipatuhi agar sah penyembelihan haiwan ialah memotong sekali gus dengan pantas.

Selain itu, urat merih dan halkum mestilah terputus. Haiwan sembelihan ini juga mempunyai hayah mustaqirrarah

Maksudnya, ia tidak mati disebabkan sakit atau cedera. Ia menggeletar sebelum mati selepas disembelih.

Halal dimakan daging anak binatang sekiranya binatang yang disembelih itu mempunyai anak di dalam perutnya. 

Dengan syarat anak binatang sembelihan itu mati sekali dengan kematian ibunya.

Pembahagian Daging Korban

Ibadah korban

Terdapat dua jenis pembahagian daging korban iaitu:

  1. Pembahagian daging korban wajib ataupun nazar 

Kategori pembahagian daging korban wajib ini adalah bahagian sedekah untuk golongan fakir miskin.

Golongan yang melakukan korban adalah tidak harus untuk mendapatkan bahagian daging korban berikut. 

  1. Pembahagian daging korban sunat

Pandangan mazhab Shafi’e adalah seperti berikut.

Satu pertiga adalah sebagai niat bersedekah kepada golongan fakir miskin. 

Satu pertiga yang lain adalah untuk dimakan oleh pihak yang melakukan korban serta ahli keluarganya.

Manakala, satu pertiga terakhir adalah sebagai hadiah kepada sahabat atau jiran tetangga, sahabat handai dan golongan berada.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang hari raya korban. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

 

Open chat
Perlukan Bantuan?