syarat aqiqah

Syarat Aqiqah: Ketahui Perbezaan Pelaksanaan Untuk Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Terdapat beberapa syarat aqiqah yang perlu anda tahu sebelum majlis aqiqah anak anda berlangsung. 

Islam merupakan agama yang syumul (lengkap). Setiap perkara pasti ada tatacara untuk melaksanakannya.

Kurang pasti tentang syarat-syarat pelaksanaan aqiqah untuk bayi lelaki dan perempuan? 

Jom ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel kali ini!

Definisi Aqiqah

syarat aqiqah

Menurut pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari:

aqiqah merujuk kepada rambut bayi yang tumbuh sewaktu kelahirannya dan harus dicukur. 

Dari segi bahasa, aqiqah bermaksud “memotong”.

Dari segi istilah hukum syarak, aqiqah merujuk kepada haiwan yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan.

Ibadah aqiqah ini merupakan sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan).

Malah, ibadah ini juga dapat memelihara bayi daripada gangguan syaitan, menurut pandangan Ibn Qayyim.

Maka tidak hairanlah ramai umat Rasulullah SAW yang ingin mengambil peluang merebut pahala.

Berdasarkan hadis baginda SAW: 

Daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

– Riwayat al-Bukhari (2839)

Syarat Haiwan Aqiqah

syarat aqiqah

Pastikan anda mematuhi syarat-syarat pemilihan haiwan aqiqah yang betul untuk disembelih.

Pertama sekali, haiwan-haiwan yang hendak disembelih mestilah dalam kategori haiwan ternak.

Pastikan juga haiwan-haiwan berikut bukan dalam keadaan cacat, bunting, buta mahupun terlampau kurus. 

Berikut merupakan ciri-ciri lanjut tentang haiwan-haiwan untuk dijadikan ibadah korban aqiqah:

Biri-biri dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Lembu dan kerbau – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya.

Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan.

Unta – melebihi lima tahun.

Haiwan aqiqah seperti kerbau, lembu dan unta boleh dikongsi sehingga tujuh bahagian yang bersamaan dengan tujuh ekor kambing. 

Syarat Aqiqah

Terdapat perbezaan antara aqiqah untuk bayi lelaki dan perempuan.

Namun, perbezaan ini bukanlah untuk merendahkan martabat perempuan mahupun lelaki.

Dalam agama Islam, lelaki dan perempuan sama sahaja disisi Allah. 

Nilai ketaqwaan seseorang itu yang diambil kira dan dipandang mulia. 

Anak Lelaki

Menurut hadis riwayat Aisyah R.A yang maksudnya: 

“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dari hadis berikut, kita dapati yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki.

Anak Perempuan 

Berdasarkan hadis berikut, kita dapati untuk seorang bayi perempuan ialah satu ekor kambing. 

Bukanlah suatu kemestian untuk menjadikan kambing sebagai pilihan haiwan untuk disembelih dan dijadikan haiwan aqiqah. 

Seperti yang tertera diatas, terdapat pelbagai jenis haiwan aqiqah yang dapat dipilih selain daripada kambing.

Tak perlu kita risau sama ada perkara ini afdal ataupun bid’ah.

Buktinya, Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa sunat melakukan ibadah korban berbanding aqiqah.

Hal ini adalah untuk anak-anak lelaki mahupun perempuan yang kian meningkat umurnya.

Jika anak-anak dapati mereka belum diaqiqahkan, boleh sahaja mereka berbuat aqiqah untuk diri sendiri. 

Tujuan melakukan aqiqah adalah sangat murni disisi agama Islam. 

Ibadah ini dapat  memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

Open chat
Perlukan Bantuan?