raya korban

Peristiwa Bersejarah Hari Raya Korban Yang Anda Mungkin Belum Pernah Dengar

Hari raya korban adalah hari yang istimewa buat semua umat Islam. 

Apakah yang membuatkan perayaan ini istimewa?

Sejarahnya bermula daripada peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih anakandanya Nabi Ismail a.s.

Mengapakah peristiwa itu begitu penting?

Mari kita telusuri dengan lebih lanjut kisah bersejarah berikut dalam artikel ini!

Peristiwa Hari Raya Korban

raya korban

Cabaran awal kehidupan berumah tangga

Seperti para nabi dan rasul yang lain, Nabi Ibrahim a.s bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada kaumnya.

Ditambah pula dugaan tiada dikurniakan cahaya mata sepanjang usianya 86 tahun.

Baginda berdoa kepada Allah seperti dalam surah As-Saffat, 37:100:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [Terjemahan Surah.my]

Sarah, isteri baginda dengan berat hati memintanya mengahwini Hajar, puteri Raja Mesir.

Doa baginda kemudiannya dimakbulkan oleh Allah SWT. 

Baginda dikurniakan putera sulung iaitu Nabi Ismail a.s hasil perkahwinannya dengan Hajar.

Manakala berkat kesabaran Sarah, Nabi Ishak a.s diputerakan kemudiannya walaupun usia Sara telah begitu lanjut. 

Peristiwa Nabi Ismail a.s dan Hajar ditinggalkan

Nabi Ibrahim a.s membawa Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih lagi menyusu ke Mekah.

Kedua-dua beranak itu hanya dibekalkan beg kecil mengandungi kurma dan sebotol air.

Mekah ketika itu bukanlah seperti yang kita kenali kini.

Keadaannya sangat tandus ditambah pula dengan ketiadaan penduduk. 

Ketika Nabi Ibrahim a.s beransur pergi, Hajar memanggilnya berkali-kali.

Namun, Nabi Ibrahim a.s tidak berpaling untuk menyahut. 

Apabila Hajar bertanya kepada baginda adakah ini merupakan perintah dari Allah? Hajar berasa sangat lega apabila baginda mengiyakan pertanyaannya.

Hajar yakin Allah tidak akan mensia-siakannya dan Nabi Ismail a.s.

Penyembelihan Nabi Ismail a.s dalam mimpi Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s sering mengorbankan haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak.

Jumlah berikut merangkumi 100 ekor unta, 300 ekor lembu dan 1000 ekor kambing. 

Baginda bersabda bahawa semua yang dikorbankan itu bukanlah menjadi apa-apa baginya. 

Kemudian, baginda bernazar untuk mengorbankan putera sulungnya jika Allah mengurniakan rezeki kepadanya untuk itu.

Keputeraan Nabi Ismail a.s adalah hasil makbulnya doa baginda.

Namun, baginda terlupa akan nazar berikut. 

Pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s

Baginda didatangkan mimpi oleh Allah SWT sebanyak tiga kali.

Dalam mimpi-mimpi berikut, Allah memerintahkan baginda untuk melaksanakan nazarnya.

Kalian ingat atau tidak bahawa nazar tadi berbentuk penyembelihan?

Baginda memberitahu kepada Nabi Ismail a.s akan perintah Allah agar dirinya disembelih.

Nabi Ismail a.s bersabda sedemikian dalam surah As-Saffat, 37:102:

“Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”. [Terjemahan Surah.my]

Maka, Nabi Ibrahim a.s pun menyembelih Nabi Ismail a.s dengan sebilah pisau yang tajam.

Namun, pisau tersebut tidak melukakan leher Nabi Ismail a.s langsung!

Nabi Ibrahim a.s membelah batu dengan pisau berikut dan ternyata batu itu terbelah dua. 

Baginda tertanya-tanya bagaimana batu itu boleh terbelah sedangkan daging leher Nabi Ismail a.s tidak terluka langsung?

Sesungguhnya kuasa Allah semata-mata yang menyebabkan pisau itu tidak dapat memotong leher baginda. 

Allah berfirman dalam surah As-Saffat, 37:106-107:

“Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar” [Terjemahan Surah.my]

Besar sungguh pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Serta taat sungguh baginda terhadap perintah Allah SWT.

Begitu signifikan sekali peristiwa berikut dengan hari raya korban. 

Malah, tujuan melakukan ibadah korban adalah sangat murni disisi Islam. 

Ibadah ini dapat memupuk kesyukuran terhadap kelahiran anak yang merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah.

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang hari raya korban. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Aqiqah Ikhlas.

hukum aqiqah

Sebab anda perlu pilih Aqiqah Ikhlas:

  • Jenama Dipercayai

Berbekalkan pengalaman Felda Travel selama 35 tahun, syarikat ini komited membantu anda mendapatkan ibadah Aqiqah dan Qurban dengan mudah dan diyakini.

  • Hadiah Percuma Sijil Ukiran Kayu Eksklusif

Setiap peserta aqiqah akan mendapat sijil  ukiran kayu secara percuma sebagai kenangan aqiqah di Tanah Suci Mekah.

  • Kualiti 5 bintang

Semestinya harga bersesuaian dengan bajet anda agar tidak membebankan. Musim virus yang melanda membuatkan kita semua berjimat jadi ini adalah tawaran terbaik!

Bukan itu sahaja, Aqiqah Ikhlas menawarkan beberapa pakej menarik. 

hukum aqiqah

Salah satunya ialah pakej Mekah Aqiqah yang bernilai RM 490 SAHAJA! 

Hanya 3 Langkah Mudah Dan Fleksibel:

  • Daftar Online

Isikan maklumat dan tarikh pilihan sembelihan anda.

  • Bayar Online

Bayar melalui perbankan online dengan selamat.

  • Video Bukti

Anda akan terima video bukti sembelihan dan sijil kayu.

 

Open chat
Perlukan Bantuan?