Panduan Lengkap Ibadah Korban: Jenis, Syarat dan Cara Melaksanakannya

Semua ibadah yang disyariatkan ke atas umat Islam dengan mencontohi amalan Rasulullah SAW akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Ini termasuklah amalan ibadah korban yang merupakan salah satu syiar Islam yang patut disanjung.

Sebagai umat Islam, pastinya kita ingin melaksanakan amalan yang mengagungkan Allah sekaligus menerima ganjaran melaksanakan sunnah baginda SAW.

Anda sampai di tempat yang betul kerana artikel ini menyediakan panduan lengkap ibadah korban.

Pengenalan Ibadah Korban dan Sejarahnya 

Korban merupakan satu amalan menyembelih binatang ternakan berkaki empat, atau disebut sebagai al-An’am dalam al-Quran.

Pada Hari Raya Aidil Adha atau hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Dari mana pula datangnya ibadah korban ini?

Mesti anda pernah dengar sejarah kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, bukan?

Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya dan dipersetujui oleh Nabi Ibrahim dan anaknya.

Keduanya berjaya melepasi ujian tersebut dan membuktikan pengorbanan yang amat besar serta ketaatan dan kepatuhan yang tiada tara terhadap Allah SWT.

Namun, Nabi Ismail tidak tercedera dan digantikan tempatnya dengan seekor kibas.

Begitulah sejarah ringkas ibadah korban yang kita perlu ingati.

Syarat Wajib Sembelihan

Setiap syarat sah ibadah pastinya perlu disertakan niat, termasuklah ibadah korban.

Bagi memastikan ibadah korban anda sah, anda perlu memastikan beberapa perkara disyaratkan ke atas haiwan ternakan yang ingin dikorban.

Salah satu syarat bagi binatang korban adalah cukup umur.

Syarat umur bagi binatang korban adalah seperti yang berikut:

  • Unta – 5 tahun masuk ke 6 tahun
  • Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
  • Biri-biri/kibas – 1 tahun masuk ke 2 atau gigi hadapan sudah bersalin walaupun belum cukup umur tetapi melebihi 6 bulan

Ada juga binatang yang tidak boleh dijadikan ibadah korban iaitu binatang yang mempunyai kecacatan seperti yang berikut:

  • Tidak bertelinga atau terpotong telinga walaupun sedikit
  • Ekor atau lidah terpotong
  • Binatang kurus dan kurang dagingnya
  • Berkudis kerana dagingnya mungkin rosak
  • Buta 
  • Tempang
  • Bunting 

Tetapi sesetengah kecacatan pada binatang masih sah untuk dikorban seperti:

  • Tidak bertanduk
  • Patah tanduk
  • Terbelah telinga
  • Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging
  • Dilahirkan tidak berekor
  • Tertanggal sebahagian giginya 
  • Tidak mempunyai zakar
  • Binatang yang dikebiri

Syarat sah seterusnya adalah penyembelih perlulah beragama Islam. 

Selain itu, korban lembu dan unta tidak boleh dikongsi lebih daripada 7 orang di mana seorang menyumbang 1/7 bahagian.

Pembahagian daging korban pula adalah seperti yang berikut:

  • ⅓ disedekahkan kepada fakir miskin
  • ⅓ dimasak untuk jamuan ramai
  • ⅓ dimakan oleh orang yang berkorban dan keluarganya

Cara-cara Melaksanakan Ibadah Korban

korban

Waktu untuk melaksanakan ibadah korban adalah selepas selesai sembahyang hari raya dan bacaan khutbah iaitu matahari naik sekadar segalah.

Masa korban berterusan siang dan malam sehingga hari tasyrik yang akhir.

Walaupun bukan kita yang menyembelih binatang korban itu, ada kebaikannya untuk kita mengetahui cara menyembelih haiwan korban.

Yang paling penting adalah niat untuk sembelih korban yang berbeza mengikut jenis haiwan korban dan tujuan berkorban.

Seterusnya, haiwan tersebut dibaring dan dihadapkan rusuk kiri haiwan ke arah kiblat serta kepalanya diangkat sedikit.

Haiwan tersebut direbahkan dengan menggunakan tali yang sesuai, tempat yang sesuai untuk memastikan ternakan tidak tercedera.

Bacaan basmallah dilafaskan diikuti dengan selawat ke atas nabi.

Sebelum dan selepas basmallah, takbir dinyatakan. 

Penyembelih akan memegang kulit tengkuk haiwan di bahagian bawah dagunya sehingga kulitnya jelas kelihatan. 

Alat sembelih diletakkan di leher dan halkum, urat mari’, dan dua urat leher kiri kanan haiwan untuk diputuskan.

Penyembelihan dilakukan dengan segera dan diselangi dengan doa lain.

Akhir sekali, adalah amat penting untuk kita berdoa agar ibadah korban diterima oleh Allah SWT. 

Hukum Daging Korban

korban

Hukum berkaitan daging korban terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut:

  1. Haram dimakan

Bagi orang yang melakukan korban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya, adalah haram untuk memakan daging korban walaupun sedikit.

Jika dimakan daging itu, wajib diganti semula kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib untuk menyembelih semula yang lain.

  1. Haram dijual 

Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu binatang korban haram dijual oleh orang yang melakukan ibadah korban sama ada korban wajib atau korban sunat.

  1. Haram memberi

Hukum memberi daging korban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram mengikut ulama mazhab Shafie.

Hal ini kerana korban adalah satu bentuk ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Tetapi terdapat rukhsah (keringanan) yang diberi Abu Hanifah Rahimahullah dalam isu memberi daging korban kepada orang kafir zimmi yang fakir.

  1. Tidak harus mengkhususkan 

Bahagian yang disembelih korban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan.

Kecuali jika bahagian atau anggota diberikan oleh individu yang melakukan korban kepada tukang sembelih. 

  1. Sunat 

Hukum memakan dagin korban bagi individu yang melakukan korban sunat (tatawu’) adalah sunat. 

  1. Wajib

Daging termasuk kulit dan tanduk yang disembelih atas dasar korban wajib atau nazar, wajib disedekahkan kepada orang fakir miskin. 

 

Ibadah Korban Dengan Aqiqah Ikhlas 

Jika anda ingin melakukan ibadah korban tapi tidak tahu nak daftar di mana dan dengan agensi mana, daftarlah dengan Aqiqah Ikhlas!

Kami menawarkan pakej korban yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda.

Kami faham anda ingin berjimat terutamanya sewaktu pandemik sebegini.

Sebab itulah kami menawarkan pakej korban serendah RM490 sahaja!

Yang lagi menarik, kami akan menyempurnakan ibadah korban bagi pihak anda di Tanah Suci Mekah.

Anda juga boleh memilih pakej korban di Malaysia jika anda ingin mengambil bahagian korban anda.

Haiwan yang kami pilih adalah bebas daripada penyakit dan yang paling penting sempurna sifat untuk dikorbankan.

Daging korban pula akan diagihkan kepada golongan asnaf di sana!

Anda tak perlu risau tentang amanah kerana kami berpengalaman dalam bidang ini hampir 20 tahun.

Malah kami memberikan anda sijil elektronik dan video sembelihan sebagai bukti.

Apa anda tunggu lagi? 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Perlukan Bantuan?